ZafiraHafiZ

ZafiraHafiZ
click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, March 22, 2009

Ape 2 MUDHARABAH??

Kelebihan Akaun Simpanan Mudharabah:

Perbankan Islam bukanlah asing bagi kita sekarang kerana boleh dikatakan semua bank di Malaysia mempunyai rangkaian bank islamiknya sendiri. Tahukah anda perbankan islam ini terdapat banyak kelebihannya yang tersendiri dan yang paling penting menguntungkan kita. Terdapat pelbagai kemudahan seperti Cash Line (Overdraft), General Investment Account (Fixed Deposit) dan Akaun Semasa tetapi di sini saya ingin bercerita tentang Akaun Simpanan.

Jika anda ke bank untuk membuka akaun simpanan baru, pastikan anda membuka Akaun Simpanan-i iaitu akaun simpanan islamik (pastikan dengan orang bank di situ, jangan segan). Jika anda tidak memberitahu mereka, kadangkala mereka akan membuka akaun konvensional untuk anda. Kebiasaanya Akaun Simpanan-i adalah berkonsepkan Wadiah. Wadiah adalah lebih kepada konsep simpanan tetap seperti simpanan konvensional. Tiadanya kadar bunga yang tetap dijanjikan tetapi pihak bank boleh memberi hibah (hadiah) kepada penyimpan bergantung kepada budi bicara mereka. Jika kita lihat di kebanyakkan bank, kedua-duanya memberi faedah yang serupa cuma bunga konvensional diberi setiap 6 bulan tetapi hibah diberi setiap bulan.

Tahukah anda terdapat satu lagi jenis akaun simpanan tetapi berkonsepkan MUDHARABAH. Mudharabah adalah berkonsepkan perkongsian untung dan kebiasaanya terdapat pada akaun pelaburan. Akaun Simpanan Mudharabah membolehkan kita mendapat keuntungan yang lebih berbanding Wadiah. Disamping kita menyimpan wang di akuan simpanan seperti biasa, ianya juga dilaburkan lalu keuntungan yang ada akan diagihkan kepada kita mengikut kadar yang telah ditentukan. Walaupun pulangan akaun simpanan mudharabah tidaklah sehebat pelaburan lain, sekurang-kurangnya ianya lebih menguntungkan berbanding menyimpan dalam akaun simpanan wadiah. Segala kemudahan kad dan fasiliti adalah sama seperti akaun simpanan wadiah, jadi buka sahajalah akaun simpanan mudharabah untuk simpanan utama anda. Contohnya saya membuka akaun simpanan mudharabah Bank Islam untuk akaun gaji saya.

Namun bukan semua bank menyediakan perkhidmatan simpanan mudharabah. Di sini saya senaraikan nama bank yang boleh anda buka akaun jenis ini:
• Agrobank
• Al Rajhi
• Alliance Islamic
• Bank Islam
• Bank Rakyat
• CIMB Islamic
• Eoncap Islamic
• HSBC Amanah

Ada juga bank-bank lain yang menyediakan akaun simpanan berkonsepkan mudharabah tetapi lebih kepada penyimpan kanak-kanak dan warga emas seperti di Affin Islamic, AmIslamic, Hong Leong Islamic, dan Public Islamic. Maybank Islamic pula hanya untuk akaun semasa. Bank Muamalat, RHB Islamic dan OCBC Islamic hanya ada akaun simpanan wadiah sahaja. Standard Chartered Islamic pula menggabungkan akaun simpanan bersama cek dan pelaburan.

Pada pemerhatian PENULIS, akaun simpanan mudharabah yang memberi paling banyak kadar keuntungan adalah daripada:
1. Standard Chartered Islamic
2. CIMB Islamic
3. Bank Rakyat
4. Bank Islam
5. HSBC Amanah

Penulis menyatakan tidak tahu kadar daripada Al Rajhi kerana tidak dinyatakan di laman webnya. Beliau juga tidak dapat pastikan simpanan di BSN adalah wadiah ataupun mudharabah namun BSN memberi kadar faedah yang tinggi kepada pemegang sijil simpanannya.
Di sini disenaraikan kadar faedah setiap bank yang penulis dapat cari:
• Agrobank : Laman Rasmi
• Affin Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• Al Rajhi: Laman Rasmi
• Alliance Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• AmIslamic : Laman Rasmi | Kadar
• Bank Islam : Laman Rasmi | Kadar
• Bank Muamalat : Laman Rasmi | Kadar
• Bank Rakyat : Laman Rasmi | Kadar
• Bank Simpanan Nasianol : Laman Rasmi | Kadar
• CIMB Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• Citibank Islamic : Laman Rasmi
• Eoncap Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• Hong Leong Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• HSBC Amanah : Laman Rasmi | Kadar
• Maybank Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• OCBC Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• Public Islamic : Laman Rasmi | Kadar
• Standard Chartered : Laman Rasmi | Kadar

Pihak bank juga mungkin menetapkan kadar keuntungan yang berbeza mengikut tahap jumlah simpanan dan mungkin juga tempoh simpanan. Anda boleh menilai sendiri mengikut perancangan kewangan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang perbankan Islam sila layari:
www.bankinginfo.com.my
www.zaharuddin.net

No comments:

Post a Comment