Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandangan mu
Pada ku yang amat memerlukan
Kegersangan sekeping hati
Harapkan setitis embun
Pada basah rindu ini
Aku yang terbiar
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka
Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini
Demi cinta yang menyala
Ku rela menggengam bara api
Demi kasih yang mengharum
Sungguh aku rela
Biarpun pada pandangan
Seperti bunga layu yang terbuang
Namun kau pasti tahu
Semua kerana aku masih lagi setia pada mu
Biar ku menangis seumpama pengemis
No comments:
Post a Comment