Apa
– apa pun perkara yang menimpa diri kita,
insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.
Ketika ini,
terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.
Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita,
apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya?
Bersediakahkita?
Sebenarnya,
paling tidak, ada TUJUH tips untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :-
Allah
Swt memberikan cubaan agar
kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan.
Abu
Hurairahr.a.berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang dikehendaki
Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nyacubaan.” (H.R.Bukhari)
KEDUA:Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah
turun kan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang
akan dilimpahkan kepada kita.
Dengan syarat,
kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik.
Anasr.a.berkata:
Nabi saw. bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan.Sesungguhnya apabila
Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya.
Barangsiapa
yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barangsiapa yang murka,
maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
KETIGA: Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa
yang pernah kita kerjakan.
Abu
Said dan Abu Hurairahr.a.meriwayatkanbahawaNabi saw. bersabda:
“Seorangmuslim
yang ditimpapenderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan,
dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat
(penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)
KEEMPAT: Selalu lah untuk berfikir positif bahawa apa – apa
pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
Abu
YahyaShuhaib bin Sinanr.a.berkata, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu,
segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin.
Apabila mendapatkan kesenangan,
dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan,
dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)
KELIMA:Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan,
maka akan ada kemudahan.
Fakta menunjukkan bahawa
idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan.
Contohnya,
banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan
yang sukar.
"Keranasesungguhnyasesudahkesulitanituadakemudahan.”
(Q.S. AlamNasyrah 94: 5- 6)
KEENAM:Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setia pujian yang Allah
berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya.
Optimis dapat melahirkan tenaga
yang tersembunyi dalam diri kita,
kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan.
Allah
tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu.
Dia mendapat pahala
(darikebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (darikejahatan) yang
dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah2 : 286)
KETUJUH: Menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan
follow-up usaha itu dengan doa.
Maka apabila kamu telah selesai
(dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Dan
hany akepada Tuhan mu lah hendaknya kamu berharap”(Q.S. AlamNasyarh 94 : 7 – 8).
Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan Aku kabulkan doamu.”(Q.S. Al-Mu’min 40: 60)
Itulah
TUJUH tips untukmenghadapi pelbagai ujian.
Apa–apa
pun perkara yang menimpa diri kita,
Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik,
ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan
Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian.
Untuk itu,
jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment